|
Panglima Awang Hitam |
Kenyataannya ramai yang tidak mengenali siapakah Panglima Awang Hitam ini..manakan tidak, ia tidak pernah disebut dalam buku sejarah atau mana-mana buku sekolah rendah mahupun menengah. Kita hanya diajar dari darjah satu hinggalah tingkatan enam tentang jajahan kuasa luar keatas tanah Melayu dan kekalahan bangsa Melayu semasa berperang dengan mereka. Ia hanya menimbulkan imaginasi terhadap anak-anak yang bangsa Melayu adalah bangsa yang lemah, pasti ia mempengaruhi fikiran anak-anak pada masa ini yang Melayu tidak setaraf dengan bangsa lain seperti Inggeris, Eropah dan sebagainya. Kita terlalu mengagung-agungkan orang Barat sehingga kita menidakkan kehebatan bangsa kita sendiri.
Tanpa diketahui umum, ada seorang anak Melayu yang begitu hebat pada masa dahulu, beliau ada Panglima Awang Hitam. Beliau adalah seorang pelayar agung antara orang pertama yang mengelilingi dunia bersama armada Ferdinand Magelland dari Portugis. Ferdinand Magellan adalah kapten bagi angkatan lima buah kapal yang mempunyai misi untuk mengelilingi dunia.
|
Arca Panglima Awang Hitam di Muzium Maritim Melaka |
Pada mulanya Panglima Awang hitam adalah seorang hamba yang telah ditangkap untuk dijadikan buruh kapal, kemudian beliau dilantik menjadi seorang penterjemah kepada Magellan. Oleh kerana beliau mempunya bakat dan cekap dalam ilmu pelayaran, beliau telah dnaikkan pangkat menjadi panglima oleh Magellan dan diberi nama Enrique of Malacca dan ada juga mengatakan Henry The Black.
|
Ferdinand Magelland
|