Tahukah anda sebelum ini tentang kewujudan haiwan ini? Naga? Makhluk asing? Pokemon? itulah yang terlintas apabila pertama kali melihat gambar haiwan ini...
Haiwan cantik ini bernama Glaucu Atlanticus yang hidup di sekitar lautan Australia. Mungkin pada mulanya anda melihat haiwan ini amat baik dan hanya hidup diam dengan menghabiskan masanya terapung dipermukaan air, tetapi sebenarnya haiwan ini adalah haiwan pemangsa. Ia menggunakan warna badannya yang berwarna biru sebagai penyamaran untuk sukar dilihat semasa ia terapung di permukaan laut.
Tetapi janganlah anda risau kerana haiwan ini tidak memburu manusia, ia hanya memakan haiwan spesis obor-obor terutamanya spesis obor-obor yang paling berbahaya iaitu 'Portugis Man-O-War'yang bisanya mampu menyebabkan kematian kepada manusia.
Obor-obor Portuguese Man O-War |
Namun Glauticus Atlanticus mampu memakan obor-obor tersebut tanpa memberi kesan terhadap badannya kerana badannya mampu mengasingkan racun tersebut kemudian menggunakannya untuk mempertahankan dirinya daripada pemangsa lain. Subhanallah! Takjubnya ciptaan Allah ini. Setiap ciptaan pasti ada hikmahnya, walaupun kecil, haiwan ini amat penting untuk mengimbangkan habitat di laut. Cuba bayangkan jika tanpanya, pasti jumlah obor-obor pembunuh menjadi banyak dan memudaratkan manusia pula.
Video Glauticus Atlanticus memakan Portuguese Man O-War:
Video Glauticus Atlaticus yang masih hidup:
No comments:
Post a Comment