Wednesday, 10 April 2013

Tahukahh Anda bahawa seorang pesakit bermain gitar semasa kepalanya dibedah?

Brad Carter, 39, gembira memetik gitar di atas katilnya ketika doktor membedah kepalanya. Ketika pembedahan berlangsung, Carter tidak dibius keseluruhan badan bagi membolehkan dia bermain gitar dan membantu doktor meletakkan eletrod ke tempat yang tepat. Carter disahkan mengidap Parkinson selepas dia mengalami masalah goyangan tangan tak terkawal pada 2006 yang menyebabkan dia tidak mampu bermain gitanya. Pembedahan itu membabitkan ransangan di kawasan otak dan mengimplan perentak otak bagi merawat pergerakan tangan Carter. Carter bukan saja boleh bermain gitar, malah mampu menyanyi ketika doktor selesai meletakkan beberapa elektrod ke temptat otaknya. -sumber: Metro Harian.

Video Carter semasa dibedah:

No comments:

Post a Comment